
MARUKU
Muruku adalah makanan tradisional kaum India
Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan. Muruku telah mengambil
tempat di hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Muruku diperbuat dari Tepung beras dan
perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas
mengunakan serbuk cili.
Namun, memandangkan Malaysia adalah sebuah
negara majmuk, resepi maruku kini diolah mengikut kesesuaian dan kegemaran
rakyat Malaysia.
Kini terdapat pelbagai jenis rasa dan bentuk
Maruku di dalam pasaran termasuklah yang menggunakan kacang peas. Bergantung kepada
selera masing-masing untuk memilihnya dan yang pasti Maruku adalah sejenis snek
yang berkhasiat dan enak dimakan pada bila-bila masa.
Mengikut Peredaran
masa, Marina Bakery menperkenalkan Queen Maruku Cheese untuk memenuhi citarasa
para penggemar chesee. Daripada resepi turun temurun sejak tahun 2009, kami
berharap Queen Maruku Chesee dapat menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia.