CHEF REMPEYEK

REMPEYEK
Kuih Rempeyek adalah sejenis kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat jawa. Kuih ini juga boleh didapati di negara jiran seperti Indonesia, singapura dan Brunie.

Kuih rempeyek boleh diketegorikan sebagai ‘snack food’ yang enak dan sesuai dimakan pada bila bila masa bukan sahaja pada musim perayaan. Pada masa kini, Kuih Rempeyek boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti Rempeyek kacang tanah, Rempeyek kacang hijau dan Rempeyek kacang soya dan ada juga Rempeyek ditambahkan dengan ikan bilis yang sudah lama sinonim dengan kuih Rempeyek.

Marina Bakery mengekalkan ketulenan Rempeyek yang berasal daripada kacang tanah dengan menperkenalkan Chef Rempeyek. Apa yang berbeza Chef Rempeyek kami dengan Rempeyek kacang tanah yang berada di pasaran? Pastinya Kami menyediakan Rempeyek Kacang yang terbaik dan berkuailiti dengan setiap keping Rempeyek dipenuhi dengan kacang tanah. Chef Rempeyek boleh jadikan snack harian untuk para pengemar Rempeyek.